10 Disember 2013 - 20:30
Menangani gerakan Takfiri, bilik pemikiran mereka iaitu Israel dan Amerika perlu diawasi

Ayatullah Jawad Amuli menegaskan, "Untuk menangani gerakan Takfiri, bilik pergerakan mereka iaitu Israel dan Amerika perlu diawasi dan ketahuilah, pihak yang mampu menyingkirkan senjata kepada Takfiri ialah mereka golongan yang membekalkannya."


Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA.co) - Dalam pertemuan bersama anggota Seketariat 'Kongres Bahaya Takfiri' pada hari Isnin lalu, Ayatullah Jawad Amuli menyatakan bahawa, "Sampai bila pun kita hidup di dunia ini, kita menghadapi lima penyerang, yang mana setiap satunya adalah realiti neraka jahannam. Oleh itu hawzah-hawzah ilmiyah hendaklah memberi jawapan dengan ilmu-ilmu bersenjata bagi memberikan jawapan kepada rosiko-risiko berbahaya yang berpunca dari kelima-lima gerakan ini."

Dalam menghitung satu-persatu lima kumpulan tersebut, beliau menambah, "Gerakan pertama ialah kesesatan dan ia membangunkan mara bahaya. Ia berdepan dengan Tuhan dengan mendakwa ketuhanan seperti Fir'aun. Begitu juga dalam menghadapi seorang nabi, ia mewujudkan seorang nabi palsu. Malahan dalam menghadapi setiap al-Ghadir, ia mewujudkan sebuah Saqifah."

Ayatullah Jawad Amuli menegaskan, "Selain kesesatan terdapat gerakan yang menandingi ulama dan prinsip, iaitu dengan menjaga Al-Qur'an dan Sunnah. Terdapat juga ulama pemerintah yang memberikan fatwa menurut kehendak kerajaan di zamannya. Begitu juga golongan yang bangkit menghadapi mukmin hakiki, maka terdapat pula golongan munafik yang berpura-pura beriman."

Menyentuh tentang hasil positif dan cerah dari persidangan serta perhimpunan seperti ini, beliau berkata, "Sudah tentu persidangan-persidangan berkemampuan memberikan penerangan berkenaan manifestasi kesesatan pemikiran yang cenderung kepada gerakan-gerakan Takfiri. Namun persidangan-persidangan ilmu dan kalam tidak mampu mencegah pembunuhan angkara mereka yang bangkit dengan pedang. Semua pihak peru dimanfaatkan untuk menghentikan pembunuhan umat Islam setiap hari seperti konsul-konsul politik dan ahli diplomatik."

Berkenaan dengan keharmonian yang wujud dalam masyarakat Ahli Sunnah dan Syiah di dalam negaranya, Ayatullah Jawad Amuli berkata, "Meskipun usaha-usaha pendekatan antara mazhab telah wujud sejak zaman Al-Marhum Burujerdi hingga kini, malangnya kekurangan-kekurangan dalam kegiatan-kegiatan telah menyebabkan kita menjadi saksi kepada beberapa perselisihan antara mazhab Islam."

Beliau turut menceritakan tentang peranan Israel dan Amerika dalam menggerakkan jentera Takfiri dan mengingatkan, ""Untuk menangani gerakan Takfiri, bilik pergerakan mereka iaitu Israel dan Amerika perlu  diawasi dan ketahuilah pihak yang mampu menyingkirkan senjata kepada Takfiri ialah mereka golongan yang membekalkannya. Para pegawai kerajaan terutamanya Kementerian Luar hendaklah serius menumpukan fokus terhadap ulama, Lembaga Pendekatan Antara Mazhab dan Majma' Jahani Ahlul Bait, begitu juga perhatian kepada konsul, dialog bersama pegawai luar negara agar dapat mencegah pembunuhan umat Islam yang terjadi setiap hari."